Ruj: http://www.mara.gov.my/lat_keusahawanan
Latar Belakang
Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.
Pakej latihan berfokus pada:
- Program Pewujudan Usahawan
- Program Peningkatan Usahawan sedia ada
- Program Sokongan untuk kumpulan-kumpulan dalam sektor atau jenis perniagaan tertentu
- Melaksanakan Latihan Keusahawanan secara bersepadu dengan agensi - agensi kerajaan atau swasta.
Pendekatan Latihan:
Pendekatan latihan ditumpukan ke atas perkembangan teknologi maklumat masa kini supaya usahawan yang dilatih dapat bersaing dan menghadapi cabaran alaf baru dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang lebih mantap. Pendekatan latihan juga menumpukan terhadap kewujudan rangkai niaga antara usahawan supaya dapat mewujudkan budaya keusahawanan yang berterusan dan akhirnya dapat mencapai matlamat merealisasikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Objektif:
- Dapat mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya
- Peserta mampu melahirkan perniagaan / perusahaan yang berdaya maju dengan berpandukan proses pewujudan projek / perniagaan / perusahaan
- Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan
- Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing - masing.
- Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.
Strategi:
- Mengadakan kursus-kursus pra pewujudan usahawan untuk bakal-bakal usahawan
- Menganjurkan kursus - kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan
- Menyediakan kursus - kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan
- Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan
Bersambung....