KOMPONEN PROGRAM
Jenis -jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada empat :
A. Program Pewujudan
B. Program Peningkatan
C. Program Sokongan
D. Program Sampingan
A. Program Pewujudan
MARA telah melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan semenjak 1976 lagi.Ramai pegawai pembimbing usahawan MARA telah dihantar berkursus (Training of Trainers) supaya dapat mengendalikan sendiri kursus usahawannya iaitu Kursus Persediaan Perniagaan dan Perdagangan (KPPP). Antara usaha yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti program latihan keusahawanan ialah dengan memperkenalkan latihan pembentukan usahawan (LPEJ) pada tahun 1992 bagi melahirkan usahawan yang produktif, bermotivasi, kreatif, inovatif, berkualiti dan berdaya maju. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai WAWASAN diri, KUALITI sebagai usahawan serta mampu mengumpul sumber-sumber untuk memulakan dan membesarkan projek supaya mampu mencari, menilai dan memilih peluang perniagaan yang berdaya maju.
Objektif
- Melahirkan usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan proaktif serta berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju dalam menggerakkan - Memupuk semangat berdikari dan kental diri.
- Memberi kesedaran kepada peserta tentang peluang-peluang perniagaan.
- Memberi pengetahuan asas pengurusan perniagaan supaya perniagaan diuruskan dengan cara yang terbaik.
KOMPONEN LATIHAN PEWUJUDAN (LPU)
MODUL-MODUL LATIHAN
Module 1:MOTIVASI USAHAWAN
Module 2:PEMILIHAN PROJEK PERNIAGAAN
* Analisis Pelakon
* Analisis Situasi
* Analisis Strategi
* Kompetensi (Pemasaran)
* Kompetensi (Pengeluaran)
* Kompetensi (Pengurusan)
* Kompetensi (Kewangan)
* Penyesuaian Usahawan & Projek (Kumpulan)
* Kerja Luar
* Penyesuaian Usahawan & Projek (Individu)
Module 3:RANCANGAN PERNIAGAAN
* Pengumpulan Maklumat / Kerja Luar / Mentor
* Penyediaan Rancangan Perniagaan
* Pembentangan & Penilaian Projek
Susulan
Susulan kepada kemajuan usahawan / projek akan mengambil masa selama 3 tahun. Seminar susulan peserta LPU akan diadakan mengikut keperluan semasa.
Sasaran Peserta
Semua yang berminat dan berkemampuan untuk menjadi usahawan dan terdiri dari kalangan bekas anggota kerajaan/swasta, lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan belia lepasan sekolah / institusi teknikal.
B. Program Peningkatan
Objektif
- Meningkatkan pengetahuan pengurusan moden kepada usahawan
- Membolehkan usahawan menambah pengetahuan / kemahiran baru supaya mereka mampu berdaya saing di pasaran terbuka.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan untuk usahawan sedia ada seperti latihan peningkatan melalui sistem modular
- Pengurusan Pemasaran
- Pengurusan Pengeluaran & Operasi
- Pengurusan Kewangan / Akaun
- Pengurusan Organisasi & Sumber Manusia
Usahawan Bumiputera yang ingin mendalami bidang tertentu dalam perniagaan dalam usaha untuk meningkat perniagaan yang dijalankan. Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU.
C. Program Sokongan
Objektif
- Memberi maklumat terkini tentang peluang-peluang perusahaan dan perniagaan untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka bagi merebut peluang yang ada serta lebih berkeyakinan melaksanakannya.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada usahawan dalam sektor perniagaan tertentu.
Program ini lebih tertumpu kepada pendedahan ilmu dan kemahiran dalam bentuk seminar,dialog, bengkel dan latihan untuk mendalami lagi pengetahuan usahawan dalam jenis atau sektor perniagaan yang tertentu.
Komponen Latihan Sokongan
- Seminar Keusahawanan
- Seminar Susulan
- Kursus Usahawan Progresif
- Kursus Kontraktor Binaan
- Kursus Pengurusan Restoran
- Kursus Pengurusan Peruncitan
- Kursus Pelancongan
- Lain - lain (mengikut jenis perniagaan)
Usahawan / pengurus mengikut sektor atau jenis perniagaan / industri. Mereka yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan seperti bekas anggota kerajaan atau swasta, belia lepasan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah, belia lepasan sekolah / Pusat GIAT atau IKM.
D. Program Sampingan
Objektif
Menambah pengetahuan dan kemahiran melalui rangkaian usahawan dan kerjasama dengan badan atau agensi luar untuk menghasilkan usahawan yang lebih bermaklumat, berpengetahuan, berkemahiran dan berfikiran luas untuk menyahut cabaran dan melaksanakannya mengikut bidang-bidang perniagaan yang diceburi.
Peringkat Latihan
Program ini dilaksanakan mengikut keperluan badan atau agensi luar yang dipersetujui bersama.Contohnya program yang dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan tertumpu kepada Kursus Asas Perniagaan untuk kakitangan kerajaan untuk jangka pendek (5 hari) atau jangka panjang (4 bulan).
Berdasarkan keperluan badan atau agensi luar, untuk para peniaga atau peserta yang baru mahu memulakan perniagaan atau sekadar pendedahan kepada para belia, pelajar sekolah, maktab atau pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi atau kakitangan kerajaan yang ingin bersara pilihan atau bersara wajib.
Penutup
Latihan dan bimbingan yang disediakan ini merupakan sebuah program pembangunan usahawan dengan harapan ianya memberi manfaat yang baik untuk masyarakat Bumiputera juga negara umumnya. MARA mempunyai tenaga pembimbing / pemudahcara (trainers) yang terlatih untuk melaksanakan Program Pewujudan Usahawan. Dengan Modul yang tersendiri dan pakej bantuan yang komprehensif, Program Latihan Keusahawanan ini dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan seterusnya mencapai objektif program ini.
Ruj:Ruj: http://www.mara.gov.my/lat_keusahawanan