April 17, 2010

Berita METRO-Peluang Kukuh Jaringan Niaga

Ref:http://www.hmetro.com.my/articles/Peluangkukuhjaringanniaga/Article/
USAHAWAN dan bakal usahawan tempatan berpeluang mengukuhkan lagi jaringan perniagaan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa menerusi Workshop Realiti Usahawan (WRU) anjuran Dreamsoft (M) Sdn Bhd (Dreamsoft).
Pengarah Urusannya, Megat Zainurul Anuar Megat Johari, berkata menerusi seminar yang bakal bermula 24 April ini, individu bukan saja dapat mengorak jaringan perniagaan sedia ada, malah didedahkan dengan dunia perniagaan sebenar dan kaedah menembusinya.

Katanya, pihaknya yang sedia aktif sebagai penasihat perniagaan di sektor kerajaan dan swasta mengambil inisiatif itu bagi membantu usahawan tempatan memulakan atau mengukuhkan perniagaan sedia ada.

Katanya, kebanjiran pelbagai skim menjana keuntungan atau cepat kaya ketika ini banyak mengelirukan usahawan tempatan khususnya lepasan graduan yang masih mentah untuk memulakan perniagaan masing-masing.

“Kami sasarkan 50 peserta bakal menyertai WRU kerana tempat terhad berikutan mahu tumpuan lebih menyeluruh disalurkan kepada setiap peserta.

“WRU akan menyediakan landasan kepada pengusaha tempatan untuk membangun dan mengembangkan perniagaan dalam dan luar negara. Kami akan mengundang penceramah jemputan terdiri usahawan tempatan yang sudah mencipta nama.

“Selain itu, kami akan menyalurkan ilmu untuk berniaga, bukan sekadar semangat seperti diberikan pakar motivasi lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Akmal zaman berkata, selain tampil dengan perancangan perniagaan, antara kaedah bakal diguna pakai adalah 'bedah siasat' perniagaan peserta, analisa jaringan, perbincangan secara mendalam bersama penceramah jemputan mengenai bagaimana memulakan perniagaan termasuk 'visual map' dan cara menggunakan pentas rangkaian sosial seperti Twitter, Blog dan Facebook.

Lebih menarik, katanya, selepas melalui latihan dan perbincangan melalui program itu, peserta dijangka mempunyai kemahiran asas dalam pembangunan laman web, memuat naik dan mengemas kini kandungan laman web, melakukan urus niaga secara dalam talian serta membina kandungan dalam talian yang mantap mengenai perniagaan masing-masing. Individu berminat khususnya usahawan Bumiputera akan diberikan subsidi RM3,000 bagi menampung kos sebenar yuran RM3,499. Untuk maklumat lanjut mengenai WRU yang akan diadakan di Asia e Universiti, individu berminat boleh melayari http://workshoprealitiusahawan.blogspot.com atau hubungi talian bebas tol, 1700 808 809.
blog comments powered by Disqus